Bermula dengan perniagaan Exanet Management Services
yang ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan aktiviti utamanya memberi
khidmat sokongan kepada Industri Filem Malaysia. Bermula secara
kecil-kecilan dengan memberi khidmat sokongan logistik kepada beberapa
pemain dalam industri perfileman. Sokongan logistik ini termasuklah
khidmat pengangkutan untuk artis-artis dan warga kerja, membekalkan
van-van untuk kegunaan ‘handyman’ dan kenderaan sebagai ’prop’.
Syarikat kemudian mencebur dalam bidang mencari ‘talent’ untuk industri ini.
Pada akhir tahun 2008 Exanet (M) Productions Sdn Bhd
(839037-W) ditubuhkan dan didaftarkan dengan Perbadanan Filem Nasional
(FINAS) dan diberi kelulusan dalam bidang penerbitan dan pengedaran.
Selanjutnya, syarikat telah mendaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia dalam bidang yang sama.
Atas kesedaran bahawa industri filem Negara
memerlukan industri sokongan yang berkemampuan dan berkebolehan, dan
juga yang boleh diharap, Exanet kini mampu memberi segala khidmat
sokongan yang diperlukan oleh industri kreatif ini. Warga-warga
kreatif dalam industri perfileman tidak seharusnya dibebankan dengan
kerja-kerja lain yang akan mengganggu-gugat perjalanan pembikinan
sesebuah filem. Warga kreatif harus diberi tumpuan sepenuhnya agar
kreativiti mereka tidak terbantut.
Skop
Antara khidmat yang boleh diberi oleh Exanet adalah:-
1. Pembikinan Filem / Video
2. Skor Muzik untuk Filem / Video
3. Edit Filem / Video
4. Khidmat sokongan logistik
5. Pencarian Bakat
6. Kru Khidmat Produksi
7. Khidmat Perakaunan
8. Pengatur Acara
9. Pelakon wanita & Lelaki, Peragaran & Peragawati
KHIDMAT LOGISTIK
Exanet berkbolehan memberi khidmat membekal kenderaan kepada syarikat produksi pada kadar yang munasabah.
Kenderaan termasuk;
1. Van untuk pasukan Teknikal
2. Van untuk 'Handyman'
3. Van untuk pengangkutan artis-artis
4. Van untuk Pakaian
5. Van untuk pelbagai guna
6. Vehicle untuk 'prop'
PERKENALAN & CARIAN BAKAT
1. Pelakon Lelaki
2. Pelakon Wanita
3. Peragawan & Peragawati
4. Ahli 'Stunt'
Pencarian kami meliputi semua kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Pan-Asia, berumur diantara 10 hingga 60 tahun.
Jika memerlukan muka-muka baru, kami boleh uruskan.
KRU PRODUKSI KRU BANTUAN
1. Kru Produksi dan bantuan yang berpengalaman
2. Pengurus Produksi
3. Pengarah / Pembantu Pengarah
4. Jurusolek
5. Jurukamera
6. Pakar cahaya
Projek
Exanet (M) Productions Sdn Bhd. kini dalam pengeluaran rancangan bersiri ‘Dr. Moto’
untuk televisyen. Rancangan ini ditujukan kepada penunggang-penunggang
motosikal yang bertemakan keselamatan jalan raya. Konsep baru kami
perkenalkan berformat ‘majalah video’ bagi menyebarkan mesej
keselamatan jalan raya. Dr. Moto adalah siri 13
episod yang dipersembahkan secara bicarawan dan komedi. Kami memilih
konsep ini kerana kami hendak menyampaikan mesej -mesej dengan cara
berbeza dari kelazimannya. Kami menjemput pakar-pakar dari industri
motosikal termasuklah pembuat-pembuat alat-alat motosikal, pakar-pakar
dari kelab-kelab motosikal dan juga jemputan khas yang dibawa dari
MotoGP Lucio Cecchinello. Dr.Moto juga ada segmen
khusus bagi wanita. Hos rancangan adalah Nabil ( Raja Lawak).
Rancangan ini hampir keseluruhannya dikendalikan oleh
penunggang-penunggang motosikal diantaranya terdiri dari Penerbit
Eksekutif, Penulis Skrip, Hos Rancangan dan kru-kru penerbitan dan
sokongan. Matlamat kami adalah untuk melihat statistik maut akibat
kemalangan motosikal turun.