
+ DR. MOTO.
Dr Moto ditampilkan khas untuk siri TV yang akan
ditayangkan tidak lama lagi di skrin TV anda. Nantikan kemunculannya!
Penungguan anda akan berbaloi. Ini adalah julung kali rancangan TV
dibuat untuk penunggang-penunggang motosikal oleh pengiat-pengiat
bermotosikal.
Musim pengenalan ini menampilkan 13 episod memberi tumpuan kepada
keselamatan menunggang motosikal. Ya, kami mahu anda selamat supaya
boleh seronok menunggang motosikal anda daripada terdampar di atas
katil hospital atau berehat untuk sembuh di rumah.
Kami mahu anda selamat, sihat and kuat supaya kita semua boleh
menunggang motosikal-motosikal masing-masing untuk hari esok, esoknya,
esoknya lagi dan seterusnya.
Kami menjemput pakar-pakar dalam berbagai bidang termasuk Lucio
Cecchinello dari
Team LCR-Honda, yang diterbangkan dari jadual padatnya
untuk ditemuduga di Sepang. Lucio akan memberi tip dan nasihat yang berguna tentang bagaimana hendak selamat dan
sentiasa berada selamat di atas jalanraya.
Juga akan dipaparkan pakar-pakar dari berbagai pembuat penghasil
barangan. Mereka juga akan memberi anda tip-tip yang berguna mengenai
hasil barangan mereka.
Rancangan ini yang diacarakan oleh Dr.Moto
(Nabil), pasti akan membuat anda tergeletek dengan gelagat-gelagatnya
yang turut dibantu oleh pembantu Dr. Moto yang jelita (Tasha)
|