Logo
Exanet Management Services
the exact networking ...
Introduction      Production Services      Khidmat Produksi
Translation: English

 

Semangat 1 Malaysia

Kami amat prihatin terhadap idea 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, dan kami fikir konsep ini harus diterap kepada semua golongan masyarakat khususnya golongan belia.

Memandangkan kempen 1 Malaysia ini sedang giat dijalankan, kami sebenarnya terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan dalam pembikinan program ini.  Diantara elemen-elemen 1 Malaysia yang wujud dalam program ini adalah pembabitan setiap bangsa tidak kira usia, dari sudut pembikinan produksi hinggalah hasil Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Kreatif Dr. Moto ini.

 
Dr. Moto - Program Bersepadu Keselamatan Jalanraya bagi Penunggang Motosikal
 
 
 
 
Program bersepadu ini secara khususnya mempunyai tiga matlamat utama iaitu:

1. Menyatukan semua pihak-pihak berkuasa (keselamatan jalanraya), pembuat/pengilang komponen dan alatganti motosikal, Team LCR-Honda Moto GP, kelab-kelab komuniti dan kelab-kelab motorsikal di negara ini bagi menangani isu keselamatan jalanraya khususnya penunggang motosikal di Malaysia.

2. Pendidikan keselamatan jalanraya dan kempen pencegahan sifat ‘mat rempit’ dikalangan penunggang motosikal belia dan remaja.

3. Mewujudkan saluran informasi bagi pihak-pihak berkuasa tempatan, pengilang/pembuat komponen, kelab-kelab komuniti dengan golongan penunggang motosikal tempatan bagi isu-isu dan kempen keselamatan jalanraya negara ini.
 
Saluran Kempen Keselamatan Jalanraya (Penunggang Motosikal) berunsurkan pendidikan dan informasi ini telah dilancarkan sejak bulan April 2009 di www.drmoto.com.my dan satu siri bual-bicara komedi-teknikal 13 episod 1 jam akan menyusul tidak lama lagi.  
 
 
 
Pengiklanan & Promosi Jualan
 
 
 
 
EXANET menawarkan khidmat pengiklanan, promosi jualan and segala keperluan iklan cetak anda. Kami memberi khidmat yang menyeluruh tapi fleksibel bergantung kepada kehendak pelanggan. Tiada permintaan yang terlalu kecil untuk kami.  Kreativiti yang khusus adalah isipati segala yang kami lakukan. Bagaimana anda dilihat atau didengar boleh memberi anda kelebihan atas tandingan anda.
 
Kami di EXANET tahu apa yang boleh menjadi, kepada kami kejayaan anda adalah kejayaan kami juga dan perlu diingat setiap ringgit yang anda keluarkan memberi kesan.

Memilih media yang betul adalah kritikal untuk kejayaan sesuatu kempen media.

Tugas kami bukan sahaja untuk mewar-warkan jenama atau syarikat anda tetapi juga mengukuhkannya melalui rekaan bentuk, komunikasi dan pemasaran.
 
Membina perhubungan yang kukuh dan baik dengan pelanggan dan juga pihak media adalah kunci kami untuk memahami perniagaan anda tetapi juga potensi atau peluang yang lain jika ada.
 
Dalam pengiklanan tiada yang tidak boleh kami lakukan. 
 
 
 

Khidmat Produksi


DOKUMENTARI
  • Dr. Moto, terbitan Exanet (M) Productions

DRAMA

  • Drama TV, Akademi Polis (Musim ke-4) terbitan ME Communications
  • Siri Drama TV, Akademi Polis (Musim ke-3) terbitan ME Communications.
  • Siri Drama TV :Janji Diana (Musim 1 & 2), Skop Productions

FILEM
  • Filem Evolusi KL Drift 2, terbitan Skop Productions
  • Filem Lu Pikirlah Sendiri de  Movie, terbitan SDAF Pictures
  • Filem Skop Productions, Bohsia
  • Filem:  Evolusi KL, Drift  SKOP Productions

N3 PRODUCTIONS
  • Filem Mantera, terbitan Flare Studio Sdn. Bhd.

PORTAL HIBURAN
KRU PRODUKSI/PERKHIDMATAN
PENCARIAN BAKAT 
 
Hargailah bakat anda dan 
 
Pendaftaran adalah percuma. Pengkelaskan bakat adalah dalam kategori-kategori berikut :-
  1. Penyanyi
  2. Pemusik -Guitarist
  3. Pemusik -Keyboard
  4. Pemusik -Drums
  5. Pemusik -Percussion
  6. Band Musik
  7. Pelakon
  8. Pelakon Stunt
  9. Penulis Skrip
  10. Pengarah
  11. Pengurus Produksi
  12. Soundman
  13. Juru Kamera
  14. Juru Solek
  15. Model
 
Jangan lupa mendaftar.  Hargailah bakat-bakat anda dan


  
 

 
Copyright © 2009
Designated trademarks and brands are the property of their respective owners.