Di EXANET kami tahu bahawa anda punya masa yang singkat untuk menangkap perhatian penonton anda. jadi laman web ciptaan kami direka khusus untuk menangkap perhatian mereka.
Jangan biarkan laman web yang dipenuhi dengan kata kata berjela-jela menghadkan impak perniagaan anda.
Iklan TV
Pengiklanan
di Television tanpa diragui adalah media paling efektif TETAPI jika di
buat dengan betul. Banyak syarikat membazir wang ringgit mereka dengan mengiklankan diwaktu waktu yang tidak sesuai dengan produk mereka.
Pengiklanan
TV masa kini tidak perlu bajet berjutaan ringgit. Kami akan membimbing
anda supaya iklan anda adalah paling effektif dengan bajet yang ada.
Iklan Radio
Ini adalah media deria bunyi yang paling effektif.
Ini adalah satu satunya media di mana pendengar tidak mudah menukar
stesyen atau menutup alat radio mereka. Dalam Pengiklanan Radio, apa yang di kata dan berapa kali ianya diulang adalah penting.
EXANET
menawarkan khidmat pengiklanan, promosi jualan dan segala keperluan
iklan cetak anda. Kami memberi khidmat yang menyeluruh tapi fleksibel
bergantung kepada kehendak pelanggan. Tiada permintaan yang terlalu
kecil untuk kami. Kreativiti yang khusus adalah intipati segala yang kami lakukan. Bagaimana anda dilihat atau didengar boleh memberi anda kelebihan atas tandingan anda.
Kami
di EXANET tahu apa yang boleh menjadi, kepada kami kejayaan anda adalah
kejayaan kami juga dan perlu diingat setiap ringgit yang anda keluarkan
memberi kesan.
Memilih media yang betul adalah kritikal untuk kejayaan sesuatu kempen media.
Tugas
kami bukan sahaja untuk mewar-warkan jenama atau syarikat anda tetapi
juga mengukuhkannya melalui reka bentuk, komunikasi dan pemasaran.
Membina perhubungan kukuh yang baik dengan pelanggan dan juga pihak media adalah kunci kami untuk memahami perniagaan anda tetapi juga potensi atau peluang yang lain jika ada.
Dalam pengiklanan tiada yang tidak boleh kami lakukan.
+ Khidmat kami berikan
Merancang dan membeli ruang Media
Mereka Bentuk Laman Web
Mempertingkatkan laman Web anda.
Penulisan iklan / Pengambaran / Filem dan Video
Identiti Korporat / Penjanamaan
+ Identiti Koporat, Buat langkah betul dari awal!
Sebuah gambar dikatakan memberi seribu kata. begitu juga identiti korporat anda.
Apabila
mereka dan membina satu identiti korporat yang baru atau pun
memperbaiki yang lama, kami biasanya bermula dengan mengenali warna
korporat dan posisi sesuai di pasaran.
Kemudian baru dilihat nama, Nama yang baik dan sesuai adalah penting.
Untuk mengukuhkan jenama kami akan reka slogan khas.
Apabila
sudah mencipta identiti korporat / jenama kami akan terus membina dan
memajukan identiti keseluruh saluran. Dari reka bentuk kertas surat-
menyurat, kad bisnes dan alat alat tulis yang lain sehingga ke website,
papan iklan dan juga iklan suratkhabar.
+ Rekabentuk Laman Web & SEO
Kami memberi khidmat reka dan bina laman web dan juga SEO.(Search Engine Optimiser)
Setiap hari beribu ribu laman web baru diaktifkan di alam maya dan untuk dipilih dalam posisi pilihan teratas adalah agak sukar.
Khidmat SEO ‘Search Engine Optimiser’ akan memastikan pencarian dibuat
akan meletakan anda diantara yang teratas. Kebiasaannya pencari
maklumat akan meneliti muka surat hingga ke ms 3 hingga 5 sebelum
beralih ke pencarian lain.
Iklan Cetak
Kita
semua tahu dan biasa dengan Media Cetak. Bagaimana hendak menangkap
perhatian pembaca dengan iklan anda dan juga bagaimana hendak buat
iklan anda berdiri gah dari yang lain?
Pengetahuan
dan perhubungan kami yang akrab dengan media cetak nasional membolehkan
kami memilih media yang terbaik dan pada posisi yang amat sesuai untuk
produk anda.
Iklan Luar
Ini melibatkan pelbagai media termasuk pengiklanan LED di sisi jalan, bilboard dan juga iklan pada bas. Ini semuanya dituju kepada pengguna yang sentiasa bergerak.
Khidmat Media Lengkap
Khidmat
pakar yang diperolehi melalui EXANET bersedia memberi khidmat lebih
dari yang biasa khusus untuk anda dan perniagaan anda.
Dari
reka bentuk laman web, SEO, pembelian media dan identiti korporat
sehingga memberi khidmat luar masa promosi, anda tidak perlu mencari
jauh. EXANET sentiasa bersedia untuk anda